Kemana hendak bawa anak-anak cuti sekolah ini? Marilah berkunjung ke negeri Melaka! Ingin tahu dimana sebenarnya destinasi tumpuan di negeri bersejarah ini, kami telah menyusun senarai 10 tempat menarik yang harus dikunjungi cuti sekolah ini! (SILA KLIK UNTUK MENONTON VIDEO)

  • The Shore Sky Tower

The Shore Sky Tower merupakan bangunan tertinggi di Melaka. Kunjungan anda ke menara ini semestinya memberikan pengalaman baru negeri Melaka, apabila anda dapat menikmati pemandangan saujana mata memandang 360 darjah di puncak tertinggi bandar bersejarah tersebut. 

Di atas nanti anda dapat melihat akuarium penuh dengan ikan koi dan ada satu kawasan khas yang lantainya diperbuat oleh kaca lutsinar yang kuat. 

  • Encore Melaka

Melaka mungkin terkenal dengan pelbagai muzium dan pusat sejarah dan kebudayaan yang anda boleh pelajari daripadanya. Namun begitu, jika anda mahukan pengalaman berbeza mempelajari budaya negeri Melaka, anda boleh menyaksikan persembahan eksperiensial, Encore Melaka. 

Di dalam persembahan berdurasi 70 minit ini, anda dapat tenggelam dalam 6 abad berbeza yang pernah dilalui kota lama ini yang dipersembahkan oleh 200 orang penghibur.

  • Rumah Terbalik Melaka

Ada yang bercuti untuk melihat pemandangan yang cantik ada pula yang suka mengambil gambar yang cantik jika anda jatuh dalam kategori kedua pastikan anda singgah sebentar di Rumah Terbalik Melaka atau lebih dikenali sebagai Upside Down House, Melaka. 

Setiap bahagian didalam rumah ini dihias seperti rumah biasa bezanya apa yang dilantai ada di bumbung.

  • Melaka River Cruise

Jika anda mahu melihat keindahan Bandar Melaka tanpa melalui kesesakan jalan raya dan jauh daripada orang ramai anda boleh menaiki Melaka River Cruise. Kelebihan Melaka River Cruises ini adalah kerana anda boleh naik waktu siang atau malam.

Cruise ini bermula dari Jeti Muara, kemudia ia akan berhenti sebentar di Jeti Taman Rempah dan selepas itu berpatah balik ke Jeti Taman Rempah dimana ia berakhir. Ini menjanjikan pengalaman yang menarik untuk menikmati pemandangan tebingan Sungai Melaka. 

  • Muzium Penjara Melaka

Teringin mengetaui bagaimana keadaan sebenar di dalam penjara memandangkan tiada kemungkinan untuk anda merasa pengalaman masuk lokap? Singgahlah ke Muzium Penjara yang terletak di Ujong Pasir, Melaka. 

Anda dapat mengetahui banyak perkara tentang sistem pernjara di Malaysia dan bagaimana ianya dibentuk di bawah jajahan British, anda juga dapat melihat pameran interaktif tentang bagaimana hukuman dijalankan di dalam penjara. 

Selain itu, anda juga boleh melihat foto-foto tentang kesan hukuman sebat, lawatan ke lokasi pesalah dikenakan hukuman gantung dan banyak lagi.

  • Melaka Skytrex

Memang kerap di lihat gambar kawan-kawan kita bergayut di media sosial sambil bergembira di Melaka Skytrex ini. Selain daripada Ayer Keroh Skytrex ini juga mempunyai cawangan di Langkawi dan Shah Alam.

Skytrex ini ideal untuk mereka yang suka aktiviti lasak dan mencabar. Disini anda dapat melakukan aktiviti seperti flying fox, tree climbing dan cabaran yang pasti mebuat anda berasa gayat. Selain daripada itu, di kawasan ini juga ada camping, kawasan piknik team building dan bermacam-macam lagi.

  • Hang Tuah Centre

Ingin tahu lebih mendalam tentang Hang Tuah? Anda boleh menuju ke Hang Tuah Centre, yang merupakan sebuah galeri di mana anda dapat mendalami kehidupan dan ketokohan Hang Tuah.

Bukan itu sahaja, di dalam kompleks Hang Tuah Centre ini juga anda boleh melihat 5 buah rumah pahlawan terkenal Melaka iaitu Rumah Hang Tuah sendiri (dijadikan pejabat pentadbiran Hang Tuah Centre), Rumah Hang Jebat (dijadikan tempat pameran keris), Rumah Hang Kasturi (pameran pakaian tradisional), Rumah Hang Lekiu (Akademi Perantara) dan Rumah Hang Lekir (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Melaka). Di setiap rumah pahlawan ini juga lengkap dengan gelanggang silat.

  • Villa Sentosa, Kampung Morten

Villa Sentosa adalah sebuah rumah tradisional yang terletak di dalam Kampung Morten di tepian Sungai Melaka.

Kalau anda nak tahu, di dalam Kampung Morten ini terdapat lebih daripada 50 buah rumah Melayu lama yang beratapkan zink, namun begitu daripada banyak-banyak rumah ni, Villa Sentosa adalah yang paling elok terjaga dan menarik untuk dilihat.

Villa ini merupakan sebuah Muzium Melayu Hidup yang dapat membuatkan anda rasa seolah-olah berada di masa lalu. Ruang dalam villa ini dipenuhi dengan perabot antik, barangan lama di atas meja dan gambar-gambar klasik.

  • Pusat Pengurusan Penyu Padang Kemunting 

Pusat Pengurusan Penyu Padang Kemunting terletak di Masjid Tanah ini adalah sebuah pusat penetasan dan informasi penyu yang telah ditubuhkan sejak tahun 1990 lagi.

Ketika bulan penetasan iaitu antara bulan Mac hingga September, pengunjung yang bernasib baik berpeluang untuk melepaskan anak penyu ke dalam laut. Anda juga boleh mengatur dengan pihak pusat pengurusan penyu ini untuk menjadi sukarelawan World Wide Fund (WWF) untuk Nature-Malaysia.

Pusat ini dibuka kepada orang awam dari hari Selasa hingga Ahad ketika waktu pejabat dari 10 pagi ke 4 petang. Sewaktu berada di sini, anda boleh melawat dewan pameran serta bilik audiovisual untuk mendapatkan pelbagai info berkaitan penyu.

  • Tapak Sejarah Banda Hilir

Ini adalah tarikan yang wajib dilawati semasa anda bercuti ke Melaka kerana ia merupakan satu detik penting dalam sejarah Negara kita.

Tapak sejarah Banda Hilir ini menempatkan pelbagai monumen penting seperti Bangunan Merah, Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan dan paling mencuri tumpuan adalah Kota A’ Famosa.

Pada tahun 1807 banyak kebanyakkan dari pada bangunan ini telah diruntuhkan dan yang tinggal adalah sebahagian daripada pintu gerebang dan Porta de Santiago. Apa yang dapat dilihat sekarang hanya sebahagian kecil sahaja daripada kubu asal.

——

Pastinya kunjungan anda ke tempat-tempat menarik yang disenaraikan  di atas tidak dapat dilengkapkan dalam masa sehari.

Sudah tentunya anda perlu menginap semalam dua di negeri Melaka. Jangan risau, di Sleep Here Hostel, Melaka kami menjanjikan pengalaman terbaik dan premium bagi hostel kami dengan kemudahan seperti pilihan katil ‘single’ atau ‘queen’, ruang penyimpanan bawah katil yang luas dan berkunci, sarapan pagi percuma, ‘free flow’ kopi, teh dan air minuman, internet berkelajuan tinggi serta terdapat kafe dengan pelbagai menu di tingkat bawah hostel kami.

Untuk menempah, anda boleh berkunjung ke LAMAN TEMPAHAN kami. Pertanyaan lanjut mengenai Sleep Here Hostel, Melaka boleh diajukan menerusi email booking@sambalstylesleep.com atau hubungi +606-2812006.